Polis menemui mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh di kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena, Kedah kira-kira jam 7.45 malam, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa iaitu lubang di bahagian paha hadapan kanan berukuran 1.5 sentimeter.