Tiada alasan buat golongan guru untuk kembali kepada proses pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) ketika situasi COVID-19 kembali memuncak.
Menurut seorang guru di kawasan pedalaman, Muhammad Nazmi Rosli mengakui tidak semua kumpulan pendidik mahir dalam penggunaan teknologi namun perlu sedar akan inisiatif kerajaan yang telah menyediakan pelbagai jenis bengkel kemahiran.