Kementerian Kesihatan melaporkan 47,209 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga 21 Mei lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.