Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan lima lokasi dipercayai mengandungi bendasing dekat lokasi runtuhan di Batang Kali pada petang Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, kerja-kerja SAR tertumpu di lima lokasi berkenaan.