Ribuan penduduk di Dhaka, Bangladesh sanggup beratur panjang pada hari pembukaan sistem rel metro pertama di negara itu.
Selepas pembukaan rasmi laluan transit aliran massa (MRT) oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina, projek yang separuh dibiayai oleh Jepun itu mengambil masa enam tahun untuk siap dan dijangka menjadi mod pengangkutan lebih 60 ribu penumpang setiap jam.