Kenaikan gaji antara lapan hingga 15 peratus kepada kakitangan kategori jualan dan perkhidmatan antara lapan perkara yang akan dilaksanakan menerusi Perjanjian Kolektif ke-16 antara Kesatuan Bank-Bank Komersial Sarawak (SCBA) dan Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU).
Penyelarasan melibatkan 13 bank komersial di Sarawak itu akan berkuat kuasa pada 21 Januari depan dan akan memanfaatkan lebih seribu kakitangan termasuk mereka yang menerima tunggakan gaji sejak awal Januari 2021.