Syarikat pengendali yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik tidak mematuhi undang-undang serta syarat-syarat yang ditetapkan. Justeru, hari ini Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam masa tiga hari.