Isu membabitkan projek 1BestariNet, merupakan isu legasi yang perlu diselesaikan dengan segera, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Ahli Parlimen Taiping itu berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memuktamadkan langkah dan akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada Jemaah Menteri.
Selain itu beliau berkata, setakat ini kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang kerana ia masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .