Surprise Me!

Edika Yusof ulas isu rumah tangga...

2025-04-21 1,302 Dailymotion

"19 tahun saya jaga dia. Kenapa sekarang baru nak offer benda macam ni (kahwin lain). Sudah terlambat dan saya pun tak memikirkannya..."

Itu antara perkongsian Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 ketika ditemu SinarPlus dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini selepas ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga beliau bersama Nor Hidayah Rosli.

Februari lalu, peminat pasangan tersebut dikejutkan apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut dan kini kes mereka masih dalam proses mahkamah.

Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka.

Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.

Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka

#edikayusof #pelakon #selebriti #Artismalaysia #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian