Ramai anak muda kini menjadikan ‘side hustle’ secara dalam talian sebagai cara menambah pendapatan. Malah, ada yang bermula kecil-kecilan hanya dari bilik sendiri.
Dalam episod kedua Ka Ching, kami menampilkan Pengasas Love Bits HQ, Nurul Amira Syahida Shamsul Anuar dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarscarf International Sdn Bhd, Nur Atiqah Sulaiman untuk berkongsi kisah sebenar bagaimana perniagaan mereka berkembang sehingga berjaya.
Ditemani hos Nabila Ahmad, episod ini turut mengupas strategi bisnes dari rumah, cabaran membina jenama, serta tip untuk Gen Z yang mahu memulakan perniagaan digital sendiri.