Wanita didakwa lakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada jam 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.
Mengikut pertuduhan, wanita terbabit telah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin Shah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747045/berita/semasa/wanita-didakwa-lakukan-kekerasan-jenayah-terhadap-sultan-nazrin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lakukankekerasanterhadapSultanPerak #Ipoh