Waytha Moorthy dekat dengan Pas sebab tolak Anwar - Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mendedahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy memilih untuk mendekati parti itu dan pembangkang kerana berkongsi matlamat politik yang sama untuk menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Beliau berkata, Waytha Moorthy tidak dijemput namun hadir atas kehendak sendiri selepas melihat wujud keserasian dalam perjuangan menolak kepimpinan kerajaan hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747399/berita/politik/waytha-moorthy-dekat-dengan-pas-sebab-tolak-anwar---mohd-amar
#SinarHarian #Beritasemasa #PMX #WaythaMoorthy #Pas #PN