Dua beranak ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) Proton Exora di Jalan Solok Hilir Paya Rumput, Cheng Melaka pada awal pagi Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian jam 12 pagi itu mangsa, Zabanah Abu Hussin, 57, yang merupakan seorang ibu tunggal dan anaknya, Intan Nur Shafiqah Othman, 25, dipercayai lemas akibat terhidu gas karbon monoksida.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/748493/berita/semasa/ibu-dan-anak-ditemui-maut-dalam-mpv
#SinarHarian #BeritaSemasa #IbudanAnak #Ditemui #Maut