Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 yang bertemakan Melayu Klasik telah berjaya mencipta pengalaman bermakna buat keluarga yang hadir.
Anak-anak begitu teruja menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Zumba Sarung, Himpunan Kesultanan Melayu, dan Himpunan Cilik Ala Retro yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi pendedahan tentang budaya serta nilai kekeluargaan.
Lebih istimewa, festival ini turut dimeriahkan dengan slot Borak Pa&Ma bersama Simpan SSPN yang menampilkan selebriti Intan Ladyana dan Dahlia Shazwan. Perbincangan mereka mengenai kepentingan membuat simpanan pendidikan untuk anak-anak telah memberi inspirasi kepada ramai ibu ayah untuk mula merancang masa depan si kecil sejak awal.
#PeluangKejayaanAnda
#SimpanSSPN
#EdutainmentFest2025
#MajalahPaMa