Malaysia telah merangka langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keselamatan 34 rakyat negara ini yang menyertai misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF), lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhammad
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan mendapat bantuan daripada negara berhampiran sekiranya berlaku serangan rejim Israel terhadap delegasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749558/berita/global-sumud-flotilla-kerajaan-rangka-langkah-siap-siaga-jika-delegasi-diserang---zahid
#SinarHarian #BeritaSemasa #SumudFlottila #Kerajaan #SiapSiaga