'Anak saya dah pergi, harap tak kena pada anak orang lain'
Ibu kepada murid Tahun Tiga yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, Seremban memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) menyemak semula aspek keselamatan di lokasi kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu mangsa, Norfazila Md Lajin, 43, berkata, beliau dimaklumkan bahawa penutup lubang kumbahan menggunakan bahan jenis fiber yang sangat ringan dan mudah diangkat tidak sesuai untuk bangunan sekolah dipenuhi anak-anak kecil.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/750020/berita/semasa/anak-saya-dah-pergi-harap-tak-kena-pada-anak-orang-lain
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tragedilubangkumbahan #mautjatuhlubangkumbahandisekolah