Surprise Me!

Tarif AS ke atas cip Malaysia boleh jejas bekalan global

2025-09-30 10 Dailymotion

Amerika Syarikat (AS) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum mengenakan tarif menyeluruh ke atas eksport semikonduktor Malaysia yang boleh menjejaskan bekalan global.

Naib Presiden Eksekutif Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Marc Mealy berkata, sebarang kadar tarif membebankan boleh menjejaskan Malaysia yang berperanan sebagai pembekal penting cip automotif untuk pasaran global serta pembuat kereta AS.