Surprise Me!

Protes Buenos Aires desak aktivis Flotila dibebaskan

2025-10-02 164 Dailymotion

Ratusan penunjuk perasaan di Buenos Aires berarak menuntut pembebasan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan Israel selepas misi kemanusiaan mereka dipintas di Laut Mediterranean. Peguam Myriam Bregman menyifatkan tindakan itu sebagai serangan jenayah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Bekas kru Juan Carlos Giordano pula menegaskan misi flotila adalah aman, membawa ubat-ubatan dan makanan. Israel mendakwa flotila memasuki zon pertempuran, namun penganjur menuduh komunikasi sengaja diganggu.