Kadar aduan berkaitan masalah serta gangguan sistem dalam penebusan subsidi BUDI95 sangat rendah, dengan hanya 34 aduan diterima setakat ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Fuziah Saleh berkata, tinjauan pihaknya mendapati, terdapat beberapa faktor gangguan termasuk berkaitan sistem 'glitch' atau gangguan sementara serta isu sistem tergendala.