Kampung Sungai Baru tidak pernah diwarta sebagai MAS atau tanah rizab Melayu
Kampung Sungai Baru tidak pernah diwartakan sebagai kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) atau tanah rizab Melayu berdasarkan semakan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata demikian semasa sesi penerangan di Dewan Rakyat hari ini susulan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan sebenar Kampung Sungai Baru dalam kawasan MAS.
#SinarHarian #Beritasemasa #KampungSungaiBaru #DewanRakyat