Tangkap tedung selar 5 meter dalam masa 10 saat
Seorang lelaki hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lima meter seberat 12 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam sebuah peti buruk di Kampung Sungai Embak, Kuala Krai pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Mohd Hamdan Mahadi yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja menangkap ular itu berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran reptilia berkenaan pada jam 9.30 pagi dan terus ke lokasi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751636/edisi/kelantan/10-saat-jinak-tedung-selar-sepanjang-5-meter
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TedungSelar #Ular #KualaKrai