Surprise Me!

SWX - Disahkan Kanser Ketika Hamil 38 minggu, Azlinda Cekal Lalui Fasa Kemoterapi Selepas Bersalin

2025-10-10 3 Dailymotion

Disahkan menghidap kanser payudara stage 2 (2019) ketika hamil 38 minggu, akauntan jelita Azlinda Tammatulmadzi terpaksa melahirkan anak secara induce. Sebaik bersalin, beliau pasrah menjalani rawatan kemoterapi biarpun masih lemah dan 'dalam fasa berpantang'.

Kini 6 tahun berlalu. Ibu empat anak itu akhirnya bebas kanser dan tekad menjalani kehidupan lebih sihat dan bermakna untuk anak-anak. Sokongan suami serta ahli keluarga menjadi pendorong semangatnya menyebarkan lebih banyak kesedaran mengenai pengesanan awal kanser payudara kepada wanita lain.

Jom meriahkan program larian Pink Ribbon Run 2025 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Mingguan Wanita & Majalah Nona pada 25 Oktober ini di Dataran Wawasan, Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik termasuk pemeriksaan kesihatan dan saringan awal kanser payudara turut diadakan.

#lariuntukdia
#PinkRibbonRun
#majalahnona
#mingguanwanita