Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerap membuat pemantauan terhadap aktiviti kripto dengan membuat siasatan terhadap meter-meter, pencarian dalam permintaan atau penggunaan premis yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut menambah bahawa siasatan secara dekat dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), suruhanjaya komunikasi (MCMC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat